Wayang kulit Kelantan

Wayang Kulit Siam (atau juga lazim dikenali Wayang Kulit Kelantan di Malaysia) ialah sejenis kesenian wayang kulit yang berasal dari Kemboja yang lazim dimainkan oleh orang Thai dan Khmer dan menjadi popular di negeri Kelantan. Ia merupakan satu dari empat jenis persembahan wayang kulit yang lazim di Malaysia. Wayang Kulit Siam telah dikenal sebagai jenis persembahan wayang kulit yang tertua[nyatakan menurut siapa?][dipertikaikanbincang] di Malaysia.[perlu rujukan] Selain itu, jenis wayang kulit ini juga adalah yang paling terkenal[nyatakan menurut siapa?] dan terpenting[[:]] di Malaysia sejak dari zaman dahulu[bila?] hingga kini.Suatu ketika dahulu,[bila?] kesenian Wayang Kulit Siam pernah mendapat sambutan hangat di kalangan orang-orang Melayu sehingga pengaruhnya telah tersebar dari Kelantan ke negeri-negeri jiran seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak. Selain itu, kesenian ini juga pernah bertapak kukuh di empat buah wilayah di kawasan Selatan Thailand iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla, yang dahulunya merupakan bekas wilayah Kesultanan Melayu Patani.[perlu rujukan]